Friday, December 8, 2006

Info

>KAPAN LAKI-LAKI MELEPAS KEPERJAKAANNYA

sebenarnya laki 2 kalau udah ngelepasin perjakanya katanya gak nampak dan tidak menjadi bahan omonga... sedangkan kalau perempuan udah ngelepasin keperawannanya kenapa selalu menjadi bumerang padahal bagi gw itu gak fear namanya...

kalau laki2 mau ngelepasin perjakanya kapan aja sih mungkin gak masalah tapi kenapa kalau perempuan selalu dipermasalahkan... coba dech fikir aja.... apa karena itu udah kodrat... ? tapi gw gak setuju kalau ce selalu diekspos yang gituan ...

mungkin saat ini banyak laki 2 yang ngaku perjaka padahal doi udah gak perjaka emang bedanya dimana ? .....
penting gak sih ngomong gituan... sekarang tergantung privasi masing 2? betul gak sih....

mungkin jaman dahulu udah dianggap suatu perbuatan yang tercela apabila seorang laki2 dan seorang perempuan udah gak perjaka atau perawan lagi... tapi kenapa laki2 gampang ngebalikan fakta..
sebagaai contoh... kalau seandainya seorang co mendapatkan seorang ce yang gak perawan... pada saat mau menikah sang laki2 berjanji akan menerima apa adanya .. tapi entar kalu udah married pasti kalau berantem ada aja ungkitan... ginalh gitulah... seperti gw dapetin elo udah gak perawan lagi mana ada yang mau ama elo.....

kalau co sih seperti gak ada rasa bersalah pada saat ngomong gitu itu....

PUISI : Malam Jalang! Malam Jalang!

Malam jalang! Malam jalang!
Karena aku bersama Engkau
malam jalang menjulang
jadi nikmat takterbilang

Menyia-nyiakan angin
ke satu jantung di dermaga, --
letak saja kompas,
lipat saja peta!

Mengayuh kayuh di Surga!
Ah! Samudera!
Perkenan saja, tapi jangan jangkarkan
aku malam ini pada Engkau!

Sajak Emily Dickinson

Cerita Seram


Cerita ini berlaku lebih lama dahulu....dan saya dapat cerita ini melalui abang saya yang sekarang sedang bekerja sebagai seorang guru sekolah menengah.Ia berlaku lebih kurang dalam tahun 1980an juga di Pulau Pinang. Ketika ini abang saya baru berumur dalam lingkungan 20an dan masih menuntut di USM.Beliau sedang bercuti di rumah ketika kejadian ganjil ini berlaku.Pada musim itu,boleh dikatakan ramai orang yang asyik memancing.....tak kiralah di laut atau di sungai dan hasilnya bolehlah dikatakan agak banyak juga....namun mereka hanya memancing sebagai hobi sahaja,bukan kerana untuk mencari rezeki.Kebetulannya,pada musim cuti semester itu,kawannya mengajak abang saya untuk pergi memancing bersama-sama mereka di sebatang sungai yang tidak berapa jauh dari rumah.Mereka merancang untuk pergi pada waktu malam....selepas menunaikan solat Isya` kerana pada waktu malam lebih banyak kemungkinan untuk mendapatkan ikan......tambahan pula udang galah akan keluar mencari makan pada waktu malam.Udang galah yang mudah dikenali malalui sinar matanya yang berwarna hijau memang labih mudah ditangkap pada waktu malam. Habis sahaja solat Isya`, abang saya terus bertolak untuk berkumpul di rumah kawannya sebelum bergerak bersama-sama pergi memancing.Setelah lama mereka menunggu,seorang lagi kawannya tidak dapat datang kerana ada sedikit masalah yang timbul... jadi,mereka hanya pergi berlima sahaja.....sambil membawa peralatan yang diperlukan. Sebaik tiba di sungai itu,seorang kawannya yang tidak sabar terus memasang mata kail,umpan dan terus 'casting'.Sungai itu boleh tahan juga lebarnya.....abang saya dan kawannya yang lain terus memulakan memancing.Mereka duduk sebaris.....abang saya berada dihujung sebelah kanan.Jarak di antara mereka adalah tidak menentu dan masing-masing sedang khusyuk memancing. Maklumlah orang muda,pasti akan mengetawakan kawan mereka yang tidak mendapat ikan apabila mendapat ikan yang besar.....tentu mereka akan merasa bangga dan perkara itu akan menjadi buah mulut.Tiba-tiba, abang saya teringat bahawa dia tertinggal rokoknya di motosikal yang ditinggalkan di bawah sebatang pokok yang agak jauh dari tempat mereka memancing.Jadi dia pergi untuk mengambil rokok itu.Semuanya tidak mengambil masa yang lama kerana dia berlari untuk ke motosikalnya......apabila dia sampai,badannya berpeluh-peluh walaupun malam itu agak dingin.Abang saya ternampak ada 5 orang yang sedang memancing dalam satu baris.Sudah tentulah....mereka kan datang berlima....tetapi,jumlah 5 termasuk dengannya...jadi sepatutnya hanya tinggal 4 orang kawannya.Siapakah orang yang ke5 itu?Jadi,dia meneruskan memancing dengan tidak menghiraukan itu semua.Tambahan pula abang saya mendengar kawan-kawanya yang lain berbual-bual pula dengan orang itu.Sudah tentu orang itu pun ingin memancing juga.Lamunannya hilang apabila jorannya disentak kuat.....tentu ikan yang besar.Ketika abang saya sedang berjuang untuk menaikkan ikan itu.....semua kawannya terkejut melihatnya. Salah seorang daripada kawannya bertanya, "Eh Sham,bila masa pulak kau tukar port ni?Tadi kau duduk hujung sebelah sini,tiba-tiba kau duduk hujung sebelah sana pulak". Abang saya terkejut dengan soalan itu dan menegaskan dia memang duduk di situ dari awal lagi.Kawannya terus bertanya, "Habis,sape yang duduk sebelah aku?" sambil berpaling ke arah orang yang duduk di sebelahnya itu.Satu lembaga sederhana tinggi yang cukup hitam kulitnya serta bertelinga runcing di atas menyeringai apabila disuluh oleh abang saya.Serentak dengan itu,bau yang cukup busuk....seperti bau minyak lenga yang telah lama terperap mula berlegar.abang saya terus menjerit dan membuka langkah seribu diikuti oleh kawan-kawannya tanpa menghiraukan segala alatan mereka.Mereka terus menghidupkan enjin motosikal dan memecut selajunya.Malang bagi salah seorang kawan abang saya yang duduk bersebelahan dengan lembaga tadi kerana dia menunggang berseorangan dan dialah yang memecut paling hadapan.Kemudian dia merasakan ada orang yang memboncengnya....apabila dia berpaling, lembaga hitam itu berada dibelakangnya.Dia tidak dapat mengawal motosikalnya lagi lalu terbabas dan melanggar pokok. Mereka mengejarkannya ke hospital.Dia bernasib baik kerana hanya patah tangan kiri sahaja.Namun dia masih diganggu ketika berada di wad.Lembaga itu masih menganggunya sampai ke rumahnya. Namun setelah dia meminta bantuan dari seorang tua yang warak, gangguan itu terus hilang.Namun,sekali-sekala hingga ke hari ini kawan abang saya itu masih ternampak-nampak lembaga itu yang masih cuba mengekorinya walaupun ke tempat kerjanya iaitu di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang.